Ad Code

Responsive Advertisement

Recent in Technology

Responsive Advertisement

Isteri Tidak Boleh Menghantar Jenazah Suami Ke Kubur.. Ikutlah Perintah Allah, Bukan Ikut Apa Yang Orang Kata.




MENGHANTAR jenazah ke kubur merupakan kelaziman, sebagai salah satu tanda memberi penghormatan terakhir. Namun buat wanita yang bergelar isteri, rupanya perkara tersebut adalah tidak boleh dilakukan.

Baca perkongsian nota yang diperoleh daripada kelas Dhuha Muslimat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid ketika ceramah di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak Ampang.

Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dengan soalan yang ditanyakan disebabkan banyak berlaku kesilapan dalam hal ini di akhir zaman ini.

Bolehkah wanita menghantar jenazah suaminya ke kubur?

JAWAPANNYA: TIDAK BOLEH!!

Khususnya bagi isteri yang suaminya yang meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak boleh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.

Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yang dibenarkan untuk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam.

Sebab-sebab seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yang darurat.

Ibadah mesti mengikut cara yang diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yang meninggal mendapat redha Allah Ta’ala, isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari.

Yang beri suami dan yang tidak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dengar apa masyarakat kata.

Kisah Ummu Salamah

Ambil iktibar daripada kisah Ummu Salamah yang pada asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal.

Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yang diajar Rasulullah SAW, dan akhirnya dia diberi ganjaran oleh Allah diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah SAW sendiri.

Iktibarnya, bila mana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tidak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan untuk akhirat.

Tanggapan Masyarakat
Isteri tidak perlu merasa bersalah dengan tanggapan masyarakat yang mungkin mengatakan, “Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.”
Dan isteri juga tidak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dalam kereta saja, atau duduk jauh sikit daripada tempat dikebumikan.

Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jangan takut apa orang cakap.

Zaman Rasulullah

Pada zaman Rasulullah SAW sudah ada golongan wanita yang hendak ikut ke kubur, lalu Nabi SAW bertanya kepada mereka, “Kamu hendak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu?”

Jawab mereka, “Tidak.”

Baginda Rasulullah SAW bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dalam kubur untuk menguburkan jenazah?”

Jawab mereka, “Tidak.”

Lalu Rasulullah SAW berkata, “Kamu balik kamu dapat ganjaran, lebih baik daripada kamu ikut dan kamu dapat dosa.”

Ini bukan menunjukkan yang agama ini tiada perasaan kepada kaum wanita.

Buat Apa Yang Allah Suruh, Bukan Apa Yang Orang Kata

Hari ini orang akan mengatakan seorang isteri tidak penuhi hak suami jika isteri tidak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan orang akan kata tidak penuhi hak suami jika tidak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tidak penuhi hak suami jika tidak masuk dalam kubur.

Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yang sumbernya tidak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tidak kira di mana berada. Malaysia, Indonesia atau Yaman dan lain-lain.

Jika ada yang kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah. Jawab padanya, “Eh, Allah yang suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yang kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yang Allah Ta’ala suruh.

Jika ikut cakap orang kita dapat dosa, tapi ikut cakap Nabi SAW, yang tidak pernah bercakap kecuali ianya wahyu daripada Allah Ta’ala, kita akan dapat pahala.

Maka, rugi jika seseorang itu ikut cakap orang! Di akhirat nanti bukan kawan itu yang akan membela kita di hadapan Allah, bahkan dia akan menjauh daripada kita.

Urusan Jenazah Buat Di Rumah

Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah sebelum dikebumikan. Siapa kata jenazah tidak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?

Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja, buat di rumah agar isteri tidak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tidak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.

Isteri tidak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.

Pergi Kubur Pada Hari Selain Daripada Hari Pengkebumian

Perempuan, kalau hendak pergi ke kubur, pergi pada hari selain daripada hari pengkembumian. Kecuali, jika satu kampung itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dalam hal ini, perempuan yang bawa jenazah, yang gali kubur, yang kebumikan, yang uruskan semuanya.

Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yang tidak sesuai dengan syarak jika ikut bersama lelaki yang menguruskan jenazah.

Kita pun lihat sendiri banyak berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tidak lagi diperhatikan.

Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yang sopan dan menurut syarak.

Biarkan orang lelaki siap menguruskan. Esok pagi-pagi, baru anak dan ahli keluarga pergi untuk bacakan Yasin dan akan dapat baca dalam keadaan tenang dan tidak bercampur dengan lelaki.

Kisah Anak Perempuan Nabi Syuaib

Ambil iktibar daripada kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yang ketika ingin mengambil air daripada perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh daripada perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau hendak ziarah kubur, tunggu orang lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.

Isteri Yang Bekerja.

Terdapat banyak perbahasan ulama dalam kes isteri yang kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dalam keadaan darurat, seseorang dibenarkan melakukan sesuatu yang haram sekalipun.

Dalam hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dengan dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dapat dipenuhi, maka itu bukan darurat yang membolehkan dia untuk keluar bekerja.

Tapi, kalau dengan dia tidak bekerja, dia tidak boleh makan atau anak-anaknya tiada yang menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya.

Dia ada sebab yang menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri.

Jadi, dalam hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak boleh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yang diperlukan sahaja iaitu keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tempat-tempat yang tidak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma untuk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.

Wallahu’alam bissawab.

Semoga perkongsian ini beramanfaat.
Reactions

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement