Amalkan Zikir ini 3 Kali Selepas Solat Subuh, InshaAllah Setiap Makhluk Allah Doakan Keampunan kepada Anda. Ustaz Don menyebutkan hadis yang terjemahnya berbunyi:
“Barangsiapa membaca zikir ini 3 kali setiap hari selepas subuh, maka setiap batu, setiap pokok setiap tembok bangunan akan mendoakan keampunan terhadapnya.”
“Aku datang menemui Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam, lalu baginda bertanya kepadaku: “Wahai Qobishah, apa yang membuatkan kamu datang kesini?”
Aku menjawab; “Usiaku semakin tua dan tulang-tulangku mulai rapuh. Maka aku datang kepadamu supaya engkau mengajariku sesuatu yang Allah beri manfaat bagiku dengannya.”
Baginda lalu bersabda: “Wahai Qabishah, tidaklah kamu melalui batuan, pohonan dan kota-kota melainkan ia akan memohonkan keampunan bagimu.
Wahai Qabishah, apabila kamu (selesai) mengerjakan solat Subuh, maka bacalah tiga kali:
سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
“Maha suci Allah yang Maha Agung dan segala puji bagi-Nya.”
Nescaya kamu akan terhindar dari kebutaan, penyakit kusta dan lumpuh.
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu apa yang ada di sisi-Mu, berikanlah kurniaan-Mu kepadaku, curahkanlah rahmat-Mu kepadaku dan turunkanlah keberkatan-Mu kepadaku.”
Sanad hadis ini daif disebabkan kesamaran perawi yang meriwayatkan daripada Qabishah bin al-Mukhariq. Hanya disebutkan sebagai ‘seorang lelaki daripada ahli Basrah’.
Kata al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Nataij al-Afkar: “Jika tidak kerana perawi mubham (samar) tersebut, nescaya sanadnya akan jadi hasan.”
0 Comments