Ad Code

Responsive Advertisement

Recent in Technology

Responsive Advertisement

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Paling Sedap – Selamat Mencuba

Nampak macam sedap sangat kek coklat moist ni. Betul-betul moist. Anak-anak tentu suka makan kek sebegini. Bukan anak bahkan ayahnya pun. Kalau anda mahu mencuba boleh ikut resepi kek ini. Hanya dengan menggunakan sukatan cawan.

Sebenarnya senang sangat nak buat kerana tidak perlu menggunakan oven. Jom kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Cik Bunga Matahari ini.

RESEPI KEK COKLAT MOIST

Bahan-Bahan

# Guna sukatan cawan

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak/ marjerin perlu dicairkan

1/2 cawan susu pekat manis

1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

4 biji telur


1 sudu esen vanilla


Cara Penyediaan

1. Masukkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali. Masak di atas api sehingga bahan tadi larut. Pastikan masak di atas api yang sederhana supaya ia boleh larut dengan sekata.

2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi ke dalam adunan telur.

4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.

5. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.

6. Sebelum itu, sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.

7. Kukus adunan tadi selama 1 jam.


Topping

Cara Menyediakan Topping untuk kek cokelat kukus ini adalah seperti berikut:

Bahan-Bahan:

1 cawan susu pekat manis

1 sudu makan serbuk koko

2 sudu mentega

Cara Penyediaan:

1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk dengan api yang sederhana.

2. Kacau perlahan-lahan sehingga larut.

3. Angkat setelah cairan cokelat mulai mendidih.

4. Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus


Nampak pun dah sedap. Belum makan lagi. Selamat Mencuba.

Resepi Lain – Resepi Kek Marble Coklat dan Red Velvet Plus Coklat
Reactions

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement