Ad Code

Responsive Advertisement

Recent in Technology

Responsive Advertisement

Inilah Petua Untuk Temukan Barang Sihir Yang Ditanam Di Sekitar Rumah Anda Atau Tempat Berkaitan Yang Perlu Anda Tahu



Petua Temukan Barang Sihir Yang Ditanam Di Sekitar Rumah Anda Atau Tempat Berkaitan | Sejak zaman nabi dulu lagi, sihir sudah ada di mana-mana.

Nabi Sulaiman AS memerangi ahli sihir manakala Nabi Muhammad SAW sendiri pernah disihir.

Sebelum saya kongsikan teknik seperti yang diceritakan oleh seorang hamba Allah ini, iaitu teknik untuk mencari barang sihir, ditegaskan di sini bahawa teknik ini tiada sebarang keajaiban pun.

Hanya mengharapkan bantuan dari Allah swt 100 peratus.Sihir wujud sejak berkurun lamanya

Rasulullah SAW sendiri ketika disihir, mengharapkan bantuan dari Allah semata-mata untuk mencari barang sihir. Tetapi kita kena ingat, baginda adalah kekasih Allah.

Cara Temukan Barang Sihir

Sebelum tidur di waktu malam pastikan anda berwuduk dan lakukan solat sunat empat rakaat dengan dua salam.

Niatkan di dalam hati tujuan solat sunat itu ialah untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan dari Allah swt bagi mengetahui di mana letaknya barang-barang sihir yang ditanam, bentuk dan lain-lain lagi yang anda fikir perlu.

Baca surah al-Kautsar sebanyak tiga kali di dalam setiap rakaat ketika solat. Selepas solat teruskan duduk dan amalkan zikir-zikir seperti di bawah:

A’uu Dzubillaahi Minash Syaitoonirrojiim. Bismillahirrohmaanirrohiim

– 3 kali, Astaghfirullaaha Rabbi, Lailaaha illallaahu, Muhammadur Rasulullah Sollallahu A’laihi Wasallam

– 10 kali, Subhaanallahi Walhamdu Lillaahi Walaa ilaaha illaahu Wallahu Akbar

– 10 kali, Allah humma Solli A’la Sayyidina Muhammad Sollallahu A’laihi Wasallam

– 11 kali, Surah Fatihah 7 kali (setiap kali ketika Anda sampai ke ayat Ihdinas sirataal Mustaqiim, baca sebanyak 7 kali.

Seterusnya baca sehingga ke akhir ayat dan jangan lupa lafazkan perkataan Aamiin (seperti bacaan dalam solat)., Surah Al Ikhlas 3 kali., Ya ‘Aalimu ‘Allimni, Ya Khabiru Akhbirni

– 100 kali atau ikut kemampuan., Patung yang ditanam di tanah perkuburan dan berjaya ditemui

Baca pembukaan doa seperti biasa kemudian:

“Ya Allah, hanya Engkau yang aku sembah dan hanya kepada Engkau tempat aku meminta pertolongan, hanya Engkau yg mengetahui segalanya dan hanya Engkau yang punya pengetahuan yang tidak terlihat.

Oleh kerana itu melalui kekuatan daya Engkau dan kekuasaanMu, hambamu memohon agar ditunjukkan penyembunyian apa jua bentuk benda/barang sihir yang digunakan terhadap (aku,keluarga,nama orang yang sakit).

Ya Allah, berilah hamba-Mu petunjuk dan bantuan untuk menghancurkan mereka (penyihir dan yang menyuruh) sehingga kebenaran menang ke atas pendustaan”

Baca doa di atas sebanyak 7 kali

Kemudian baca ALLAH Humma Solli A’la Saiyyidina Muhammad Sollallahu A’laihi Wasallam – 11 kali, Tiupkan diri anda sebanyak 3 kali dan ke dalam beberapa air mawar atau minyak wangi kasturi (jika boleh yang telah diruqyah).

Jangan bercakap dengan sesiapapun d4n terus tidur setelah membaca doa tidur, surah 3 Qul atau doa-doa yang lain. Kemudian bacalah selawat sehingga anda anda tertidur.

Selain itu, seeloknya anda memakai minyak mawar atau minyak wangi kasturi yang telah didoakan seperti di atas ke pakaian anda sebelum tidur.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat diamalkan. Jangan lupa untuk kongsikan tips ini dengan rakan-rakan anda. Mana tahu mereka juga sedang menderita kerana sihir. Wallahu a’lam
Reactions

Post a Comment

0 Comments

Ad Code

Responsive Advertisement